Monday, November 29, 2010

gundah gulana

napa ntah hati ini rasa bagai tak tentu...gelisah, sedih, bercampur aduk...puas dipujuk hati ini agar tenang...tapi ia tetap gelisah. 3 hari aku memendam rasa, memendam rindu...semangat seperti hilang ntah ke mana. di manakah dia sekarang? hp pun off...call aku langsung tidak....dah mati ker dia? kalau dah mati senang aku nak bacakan yassin tuk nya....sakit hati tapi rindu...bodoh lah perasaan cam ni....

Friday, July 30, 2010

Friday, July 9, 2010

orientasi di UPSI


4 Julai arituh aku gi daftar sebagai mahasiswi UPSI di Kolej Kediaman Harun Aminurrashid nama pendeknya KHAR. sampai2 jer punya lah panjang barisan...satu per satu wajah pelajar abru aku tgk....takda pun yang aku nampak cam sebaya aku...aku wat muka selambar jerrr....niat aku nak blaja...tak kiralah berapa pun umur aku.

aku dapat kolej KHAR...umah aku blok 3 tingkat 2 pintu 3 dan bilik number 4. roomate aku dari pahang nama dia ziera. punyalah alim...pakai tudung labuh lagi...tapi kenalah ngan imejnya dengan cos yang dia ambil. dia ni bakal jadi guru kaunseling. dalam umah ni ada 4 bilik. setiap bilik ada 2 org. jadi satu umah ada 8 orang la. tapi umah aku ni baru ada 4 org....aku, ziera, fida n hajar. kami datang dari pelbagai negeri...ziera dari pahang, fida dari kelantan, hajar dari kedah n aku dari kl.

perjalanan orientasi kat UPSI ni best sgt walaupun agak memenatkan dan bila waktu taklimat mengantuk gila. yang bestnya adalah seketeriat majlis suaikenal (SMS) ni...baik2 belaka...tak macam masa aku kat UiTM dulu. SMS UPSI sentiasa tersenyum walaupun mereka penat menjaga kami pelajar baru ini...kebajikan kami dijaga sepanjang minggu orientasi.

masa malam citra budaya pada hari rabu yang lepas aku dan group aku iaitu group KHAR (B) telah mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan persembahan pelajar baru. hanya 2 malam sahaja kami berlatih...group aku ni wat persembahan lakonan + nyanyian + pentomin. aku seperti biasa aku kena menyanyi lah. aku kena nyanyi lagu jalur gemilang....terima kasih kat kak ernie n kak syanie (walaupun aku tau mereka ini lagi muda dari aku tapi aku suka panggil depa ni ngan panggilan kak coz mereka ni senior aku) kerana jadi fasilitator kami.

semalam malam terakhir minggu orientasi...betapa gembiranya kami pelajar baru UPSI. dengan rasminya kami dah jadi anak ibu kandung suluh budiman...nama yang terlalu sinonim di UPSI ini....

hari ini aku leh balik umah KL....sampai2 jer terus cari laptop n broadband aku....apa lagi nak cheak FB n nak update blog la....windu sangat.....

insan paling lega....

Saturday, July 3, 2010

Gemuk itu Cute: SMKCP di hatiku

Gemuk itu Cute: SMKCP di hatiku

SMKCP di hatiku

entah kenapa hati dan perasaan ini sering sahaja berasa resah dan gelisah sejak akhir2 ini. kengkadang ada perasaan terlalu HAPPY dan kengkadang timbul perasaan SEDIH. Rasa Happy disebabkan aku berjaya untuk meneruskan niat aku untuk sambung blaja dalam bidang yang aku minat. Rasa sedih plak bila aku terpaksa meninggalkan anak2 murid aku yang pelbagai ragam yang sering membuatkan aku tergelak bila mengenangkan mereka...meninggalkan rakan2 seperjuangan terutama geng2 yang duk kat blakang bilik guru iaitu KAK BIB, AINUL, KAK MIN, KAKA PIDA, KAK LIZA serta cikgu2 yang lain.

Di saat2 akhir aku berada di SMKCP....aku berasa bangga kerana ada juga yang menghargai kehadiran aku di SMKCP. Pelajar2 yang rapat ngan aku blanja aku makan. first skali JEKMI, EYZRY, NATASYA, AINA, SYAFIQ, BAD, HANIS FASHA, SHAH N SYAWAL blanja aku makan kat tanjung n blanja hisap syisya....pastu KAK BIB, AINUL N KAK MIN plak banje aku makan ikan bakar kat keramat....pastu makan ngan bebudak 4K5 kat McD JJ Maluri..akhir sekali ADHA, KHAIRUL ANIS N EYZRY nak banje aku makan kat 'Chiken Rice Shop' kat Great Eastern but tak jadi coz dah nak tutup..akhirnya pi makan kat Tahara...

Bukan sahaja depa ni banje aku makan tapi dengan pelbagai hadiah yang aku terima..thanks kat korang sume...SAYANG sangat2 kat korang...

Untuk anak2 murid yang cikgu sayang...pasni pasti cikgu dah tak dapat murid cam korang lagi...pastinya cikgu akan simpan setiap kenangan yang cikgu dan kalian lalui sepanjang perkenalan kita...

SMKCP tetap di hatiku

Tuesday, May 11, 2010

Mendung tak bererti hujan

petang tadi ada latihan citrawarna. macam biasa aku mmg kena stayback. almaklum la aku ni kan guru pengiring budak2 citrawarna SMKCP. dah lah ari ni aku kena jaga sengsorang..kak liza balik awal...shida tak muncul2...tapi takpelah...takda hal..sekolah pun mmg dah jadi umah kedua aku...macam sama jer masa zaman aku sekolah dulu...suka lepak sekolah. dah kerja pun still lagi lepak sekolah jadi budaya aku. cikgu pagi sepatutnya balik kul 2 ptg...tapi aku balik kul 5 ptg...almaklumla aku kan cikgu bujang...klu aku ada laki kat umah aku pun cam cikgu2 lain gak...bih baik aku tunggu kat umah sambut laki aku balik kerja.

sebenarnya aku nak cite pasal sekumpulan mendung berarak...aku mmg dah lama perhati kan kumpulan mendung berarak ni...depa ni suka ngelat wat latihan...depa datang amik kedatangan tapi pastu tetiba hilang....latihan nak kat habis barulah masuk baris. aku cukup tak berkenan ngan pangai budak cam gini. klu menari tu bagus takpe lah gak...ini menari pun cam kayu ada hati nak ngelat...aku potong elaun korang baru korang tau.

ada sorang budak dalam kumpulan mendung berarak tu...mmg free2 kena maki ngan aku ari ni...masa mula2 dulu dah tarik diri...bila dah nak dekat2 show ni datang jumpa aku kata nak masuk balik...mmg kena maki lah budak tu...tak memasal aku terlepas cakap "GATAL BIJIK"...mmg hangin aku satu badan tadi. masalahnya budak ni, pada awalnya tarik diri tapi aku tgk setiap ptg ada jer muka dia duk tunggu n kacau kawan2 dia yg masuk citrawarna...aku rasa nak lempang jer muka budak ni...klu leh buat mmg dah lama aku nak buat...

Saturday, May 8, 2010

S.U.N.DAY

Hari ini ari Ahad. Sepatutnya kena ikut mama n abah pi umah baru along but aku malas nak pi....aku dah pi malam semalam tolong along pasang langsir...kira tolong la gak...so bila dah tak ikut mama n abah tinggal la aku sengsorg kat umah...bosan la plak.

Nak kuar... BF dah balik jauh...tulah pasal sapa suwuh bercinta jarak jauh...hehehe...jauh2 ni ngajar erti kesetiaan..acehhhh...setiakah aku?? hahaha...susah ni nak jawab...bukan tak setia cuma notty sikit jer...sowi yer abg RM.. dah kawin nanti barulah setia betul2...agagaga...

Kalau ada Nida best sikit...tak lah aku bosan cam ni...lambat plak budak ni abis kelas. rupanya bosan idup sengsorang ni...kalau aku ikut mama tadi taklah jadi cam gini...sebenarnya boleh jer nak pi umah along bukan jauh sgt pun...tapi oleh kerana ada family kak long aku jadi cam segan jer nak pi umah along. aku ni kan dilahirkan pemalu...acececehhh...

p/s: sebagai manusia yang idup kat muka bumi ini...kita tak bole idup sorang diri...kita perlu ada kawan untuk berbicara, tut dan sebagainya....

Monday, April 19, 2010

DIKIR BARAT BATAL

Kesian aku tgk bebudak tadi bila aku kata dikir barat batal...muka mereka betul2 berubah kecewa....bukan aku sengaja nak batalkan dikir barat tu tapi aku terpaksa lakukan coz aku tengok macam leh menang untuk kekalahan jer...wat apa hantar budak yang tak bersedia...buat kena kutuk jer...

pagi tadi aku ngan kak liza pegi jumpa pengetua untuk minta kebenaran nak berlatih malam tapi pengetua tak benarkan...dengan selambar aku n kak liza mencadangkan untuk membatalkan penghantaran kumpulan dikir barat tuk bertanding....macam tak sangka jer yang pengetua pun turut setuju....pengetua pun sependapat ngan aku ngan kak liza..."wat apa hantar kalu memalukan"...itulah kata2 pn pengetua smkcp.

lepas settlekan ngan pn. pengetua...aku gi jumpa mr. pian plak....pada awalnya pian tak bagi batalkan...dia suwuh gak hantar...tapi bila aku kata pn. pengetua pun suwuh tarik diri...dia terdiam...pastu ada hati plak nak salahkan aku....pian kata "kenapa tak berlatih dari awal tahun?" masalahnya masa awal tahun ari tu bila aku tanya dikir barat ada ker takda dia jawab tak tentu lagi coz budjet kerajaan tak cukup....pastu ada hati salahkan aku...bengong tul laa...

p/s: adik2 dikir barat....cikgu mintak sorry yerrr....tapi cikgu akan pastikan group tu tetap berjalan....kita akan berlatih untuk perform tuk majlis lain...

Sunday, April 18, 2010

Dikir Barat

nak pendekkan cite aku ditugaskan oleh pihak sekolah untuk mengendalikan kumpulan dikir barat sekolah untuk dihantar ke pertandingan. masalahnya tugas ini diberi minggu lepas...pertandingannya 24 april 2010...minggu lepasla nak cari budak....nasib baik cikgu azhar yolong wat lagu....pastu aku takda masa nak latih bebudak dikir barat ni...so aku serahkan tugas aku kat seorg cikgu lelaki dari kelantan...but hasilnya tak berapa nak jadi....so aku ngan cikgu liza ambil balik tugas tu dan aku mula panggil bebudak dikir barat berlatih semalam (sabtu) sambung plak berlatih arini (ahad)... n nampak gayanya aku macam bekerja 7 hari....

gila tak gila...kalau pengetua bagi bebudak ni berlatih belah malam, mulai esok aku kena datang malam plak utk pantau bebudak ni....diaorg kena berlatih malam coz ikut jadual jurulatih yang kami import (bekas pelajar SMKCP)...

untuk tahun ni aku tak harapkan kemenangan coz mmg tak ready langsung...berbeza ngan tahun lepas...kami berlatih dari awal tahun. ini tinggal lagi beberapa hari nak bertanding lagu pun bebudak ni tak tau nak alunkan lagi...budak2 tahun lepas ramai yang dah pindah...so budak dikir tahun ni kebanyakkannya budak baru...takda pengalaman langsung dalam berdikir...so kena kerja kuat sikitlah nak pastikan bebudak ni boleh berdikir ngan baik...

p/s: bebudak dikir harap2 korang leh cewpat pickup....

Monday, March 22, 2010

abah sakit...

aku sedih jer bila tengok abah demam pagi sabtu ari tu...along dah bawak abah pi klinik...tapi petang tu tak jugak surut suhu demam abah. sekali lagi along bawak abah pegi hospital besar.

bila abah dapat rawatan dan abah disahkan masuk hospital kerana suhu demamnya sangat tinggi dan tekanan darah abah tinggi....so abah kena tinggal kat wad...malam tu aku tak boleh pi tengok abah...so aku kena tunggu esok (ahad) tuk pi tgk abah.

pagi2 bangun ingat dapat pi tgk abah...dah plak kena tunggu kak lang abis kelas coz dia nak follow. so aku pi tgk abah kat GH kul 1 tgh.

sampai2 jer aku salam abah...aku rasa sedih sgt bila tgk abah sakit...dulu abah yang jaga kitaorg bila kitaorg demam dan kini tiba pula masanya kitaorg plak nak jaga abah. tapi aku taklah jaga sepenuhnya coz...mama masih setia menemani abah.

abah kelihatan mamai ketika itu...mungkin darah tingginya lum turun lagi. panas badan abah pun masih panas lagi. aku ambil kain basah dan aku letak di kepalanya...aku usap perlahan kakinya yang bengkak itu. aku sayang sangat kat abah.

sebelum abah jatuh sakit aku ada mintak abah buatkan laksa...tapi abah kata abah tak jumpa ikan so tak leh la nak wat laksa. bila abah dah sakit camni aku tak sampai hati nak suwuh abah masakkan laksa untuk aku. tapi kalu abah dah betul2 sembuh nanti aku nak suwuh abah masak laksa kegemaran aku. aku windu nak makan laksa abah.

p/s: doakan abah supaya cepat sembuh...

Wednesday, March 17, 2010

angkara nasi...

hari ni aku tukar cadar baru lagi...baru rasa feel nak tidur dengan lenanya...tak tukar cadarpun sebenarnya aku mmg akan tido lena...almaklumlah manusia paling senang nak tidur akulah manusianya...letak jer kepala..pasti dah berdengkur.

cadar yang baru aku tukar ni bukan cadar yang aku beli tapi hadiah birthday dari hah n tasha...thanks my beloved friends.

penat kemas bilik...aku masak..tapi masak dalam hidangan untuk aku sorang. aku masak ayam berlada...selalunya org akan masak nasi dan akan beli lauk...tapi aku masak lauk tapi pi beli nasi...pemalas kah aku ni?

hah iaitu housemate aku kata aku ni pemalas...pemalas ker aku...aku cuma taknak masak nasi jer...sebenarnya pagi tadi hah dah masak nasi...dia ada tinggalkan nasi untuk aku makan..tapi tak tinggalkan lauk pun...macam mana aku nak tau yang ada nasi kat dalam periuk tu...bila dah petang dia call aku tanya aku masak apa..aku pun cite yang aku cuma masak hidangan untuk aku sorg. aku pun bgtau dia yg aku beli nasi..lauk aku masak. pastu dia kata aku sgt pemalas...sampai nak tgk periuk nasi pun malas. manalah aku tau dalam periuk tu ada nasi.apa2 pun aku dah kenyang pun..

Tuesday, March 16, 2010

sakitnya rindu....

apa erti rindu? sakitnya jiwa bila rindu mencengkam...rindunya aku pada telatahnya...kecomelannya...dan semua yang ada padanya. kenapa ada pihak yang kejam yang cuba untuk menjauhkannya dari kami...aku tau dia mmg ada hak terhadap insan yang kami rindu...tapi salahkah kami hanya mau menumpang kasih insan bernama NIA. lately ni bila aku rindu akan dirinya aku akan tatap videonya...itulah saja pengubat rindu aku dan family ku terhadap NIA.

inilah aku

inilah aku...comel tak? org kata...bukan aku kata tau...bibir aku ni merupakan kisser yang terbaik...tapi betul ker? kalau nak tau marilah cuba..... hahahaha

masa aku meneray buat blog ni aku tgh cuti...tu pasal la ada masa nak godek ini blog...aku tak taulah apa akan terjadi selepas ini....tapi yang pastinya aku suka sgt bila dah ada blog sendiri ni...tak kiralah ada org ker takda ker yang nak baca blog aku ni tapi yang pastinya aku nak sgt kongsi cite ngan sume org tentang perjalanan hidup aku yang sebenar.....

baru nak mencuba

Hari ini aku baru meneray nak buat blog...tak taulah aku ada masa ke tidak nak mengemaskini blog ni kemudian hari nanti....tapi aku rasa cam sonok jer bila ada blog sendiri...atleast dapat dapatlah aku berkongsi cerita...pengalaman dan apa jua yang bole aku kongsikan....

untuk permulaan ni mungkin aku tak nak cita banyak sgt nanti takda benda yang boleh aku nak citekan nanti... apa yang aku nak korang tau aku ni seorang yang happy go lucky...walaupun aku ni GEMUK....tapi aku merasakan aku ni CUTE....aku tak tipu....klu tak caya....tgklah aku sendiri....confirm korang kata aku ni mmg cute...hehehe