Monday, March 7, 2011

kalau dulu....

kalau dulu aku selalu gi kg baru temankan arwah beli kuih kat sana...beliau suka kuih org kelantan....tapi sekarang ni tak tentu aku nak pi kg baru tu sengsorg coz aku mmg tak suka sgt pi kg baru coz sempit n susah nak parking.

kalau dulu nada dering tecno kat hp aku selalu kedengaran kul 12 malam ke atas coz masa ni adalah masa yang paling sesuai untuk kami bercerita pasal seharian kami masing2. tapi sekarang nada dering tecno itu mungkin takkan kedengaran sampai bila2.

kalau dulu dia yang teman aku shopping, tolong angkatkan barang2 aku shopping n tolong bayarkan barangan shopping aku tu....tapi la ni takda org yang boleh teman aku shopping macam mana dia teman aku.

kalau dulu aku rasa aku ada dia...ada org sayang kat aku...tapi sekarang ni aku betul2 rasa kehilangan...aku betul2 dah takda dia...tapi dia tetap wujud dalam hati ini sampai bila2...

Saturday, March 5, 2011

KAU PERGI JUA....

6 Mac 2011, pukul 9.58 pagi aku dapat ms dari kak yang kawan abg raja. dia kata muka abg raja dah berubah. ada bengkak2 kat badan abg raja. hati aku mula berdebar. rasa tak sedap hati. tapi aku menabahkan diri. sekali lagi aku terima msg dari kak yang kira2 kul 11.46 pagi. msg kali ini betul2 buat jantung aku berdegup kencang apabila perkhabaran ttg abg raja dah tiada lagi. meninggalkan kita semua pada pukul 11.30 pagi.

ketika itu Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. aku rasa terkilan yang amat sgt coz aku mmg rancang nak pi tgk dia 8 mac 2011(selasa) tapi aku tak sempat. dia pergi dulu b4 aku dapat jumpa dia. aku ingat bila aku dapat jumpa dia untuk kali ini aku nak cium dia, nak peluk dia erat2. aku tak dapat nak tgk jenazah dia buat kali terakhir coz esok aku ada kelas. sedangkan jenazah nak di bawa ke Terengganu untuk dikebumikan di sana.

apa yang mampu aku buat adalah mendoakannya dari jauh. agar doa aku ini dapat mengiringinya di sana nanti....aku amat menyayanginya sampai bila2....