Friday, July 8, 2016

Raya 2016

Raya tahun ni wihout my elder brother...so rasa tak berapa nak meriah...jadinya baju raya kami pun takda tema...carca marba... iolls ada 4 pasang baju raya...tp iolls just guna 2 pasang baju je baru coz iolls hanya beraya 2 hari jer kat kampung...raya ke3 dah dok umah...nak berehat secukupnya... baju ke 3 n baju ke4 akan dipakai bila iolls nak pi beraya nanti

Sunday, April 17, 2011

! anGah - Ini blog Jiwa Jiwa: Dan masih lagi derita merindui sentuhan

aku ada terbaca satu blog:! anGah - Ini blog Jiwa Jiwa: Dan masih lagi derita merindui
sentuhan-maya.blogspot.com....aku suka cara penulisannya...apa yg disampaikan mmg apa yg dia rasakan...kerana aku juga sepertinya....aku juga melaluinya...betapa deritanya merindui seseorang yang pernah berkhta di hati ini...tapi aku tak pandai nak mencoret dan menyusun kata2 untuk meluahkan isi hati aku seperti penulis blog tersebut. aku nak jadi followers dia la....

Monday, March 7, 2011

kalau dulu....

kalau dulu aku selalu gi kg baru temankan arwah beli kuih kat sana...beliau suka kuih org kelantan....tapi sekarang ni tak tentu aku nak pi kg baru tu sengsorg coz aku mmg tak suka sgt pi kg baru coz sempit n susah nak parking.

kalau dulu nada dering tecno kat hp aku selalu kedengaran kul 12 malam ke atas coz masa ni adalah masa yang paling sesuai untuk kami bercerita pasal seharian kami masing2. tapi sekarang nada dering tecno itu mungkin takkan kedengaran sampai bila2.

kalau dulu dia yang teman aku shopping, tolong angkatkan barang2 aku shopping n tolong bayarkan barangan shopping aku tu....tapi la ni takda org yang boleh teman aku shopping macam mana dia teman aku.

kalau dulu aku rasa aku ada dia...ada org sayang kat aku...tapi sekarang ni aku betul2 rasa kehilangan...aku betul2 dah takda dia...tapi dia tetap wujud dalam hati ini sampai bila2...

Saturday, March 5, 2011

KAU PERGI JUA....

6 Mac 2011, pukul 9.58 pagi aku dapat ms dari kak yang kawan abg raja. dia kata muka abg raja dah berubah. ada bengkak2 kat badan abg raja. hati aku mula berdebar. rasa tak sedap hati. tapi aku menabahkan diri. sekali lagi aku terima msg dari kak yang kira2 kul 11.46 pagi. msg kali ini betul2 buat jantung aku berdegup kencang apabila perkhabaran ttg abg raja dah tiada lagi. meninggalkan kita semua pada pukul 11.30 pagi.

ketika itu Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. aku rasa terkilan yang amat sgt coz aku mmg rancang nak pi tgk dia 8 mac 2011(selasa) tapi aku tak sempat. dia pergi dulu b4 aku dapat jumpa dia. aku ingat bila aku dapat jumpa dia untuk kali ini aku nak cium dia, nak peluk dia erat2. aku tak dapat nak tgk jenazah dia buat kali terakhir coz esok aku ada kelas. sedangkan jenazah nak di bawa ke Terengganu untuk dikebumikan di sana.

apa yang mampu aku buat adalah mendoakannya dari jauh. agar doa aku ini dapat mengiringinya di sana nanti....aku amat menyayanginya sampai bila2....

Tuesday, February 22, 2011

perkembangan positif

hari ini aku mahu kongsi dengan pembaca blog yang mana hari ini aku mendapat perkhabaran bahawa abg raja dah mula sedar tetapi belum boleh bercakap di sebabkan lehernya telah ditebuk kerana terdapat banyak kahak. kahak yang banyak itu sahaja yang agak membimbangkan....kata nurse yang bertugas percentage nak sembuh adalah tinggi berbanding hari2 yang sebelum ini. itulah yang aku harapkan agar abg raja dapat sembuh secepat yang mungkin kerana hati ini amat merindui belaiannya.....AYANG SAYANG ABANG SANGAT2.....

Sunday, February 6, 2011

RISAU....

7 FEBUARI 2011, keadaan dia tak berubah...mintak2 ada keajaiban yang membuatkan dia boleh bernafas seperti sedia kala....kengkadang aku rasa aku leh terima kalau dia nak pergi jauh dari aku...kengkadang nafas aku rasa tersekat bila aku rasakan aku akan kehilangan dia.

kalau dulu aku mewah bila dia bersama aku..tapi kini semuanya sendirian berhad..mmg aku akui yang aku kena belajar untuk terima ini semua sebagai dugaan...tapi ia berlaku terlalu pantas...belum sempat aku nak buat persediaan, tetiba aku kena lalui...kenapa dia ajar aku hidup bersenang lenang...sekarang sapa yang susah...aku jugak...aku taknak salahkan dia...tapi...entah lah...

kat sapa aku nak bercerita?, kat sapa aku nak ngadu itu dan ini?, siapa yang nak teman aku pi shopping?, sapa nak temankan aku kalau ada urusan rasmi?, sapa nak buang kulit udang bila makan udang bakar? sapa nak suap aku makan? sapa nak manjakan aku? sapa? sapa? sapa? aku rasa susah untuk aku dapat org sepertinya....aku terlalu bahagia bila bersamanya...

Saturday, February 5, 2011

seperti semalam

5 FEBUARI 2011, keadaan abg seperti semalam juga...cuma tekanan darah abg dah mula meningkat berbeza dari semalam. masih berada di ICU....berapa lama lagilah abg akan berada dalam ICU ni.....Ya Allah ya Tuhanku....cepatkanlah sembuh insan yang aku sayang ni....jangan kau ambil nyawanya...berilah dia peluang untuk membetulkan keadaan...aku tak sanggup nak tanggung semua ini....