Monday, March 22, 2010

abah sakit...

aku sedih jer bila tengok abah demam pagi sabtu ari tu...along dah bawak abah pi klinik...tapi petang tu tak jugak surut suhu demam abah. sekali lagi along bawak abah pegi hospital besar.

bila abah dapat rawatan dan abah disahkan masuk hospital kerana suhu demamnya sangat tinggi dan tekanan darah abah tinggi....so abah kena tinggal kat wad...malam tu aku tak boleh pi tengok abah...so aku kena tunggu esok (ahad) tuk pi tgk abah.

pagi2 bangun ingat dapat pi tgk abah...dah plak kena tunggu kak lang abis kelas coz dia nak follow. so aku pi tgk abah kat GH kul 1 tgh.

sampai2 jer aku salam abah...aku rasa sedih sgt bila tgk abah sakit...dulu abah yang jaga kitaorg bila kitaorg demam dan kini tiba pula masanya kitaorg plak nak jaga abah. tapi aku taklah jaga sepenuhnya coz...mama masih setia menemani abah.

abah kelihatan mamai ketika itu...mungkin darah tingginya lum turun lagi. panas badan abah pun masih panas lagi. aku ambil kain basah dan aku letak di kepalanya...aku usap perlahan kakinya yang bengkak itu. aku sayang sangat kat abah.

sebelum abah jatuh sakit aku ada mintak abah buatkan laksa...tapi abah kata abah tak jumpa ikan so tak leh la nak wat laksa. bila abah dah sakit camni aku tak sampai hati nak suwuh abah masakkan laksa untuk aku. tapi kalu abah dah betul2 sembuh nanti aku nak suwuh abah masak laksa kegemaran aku. aku windu nak makan laksa abah.

p/s: doakan abah supaya cepat sembuh...