Friday, July 9, 2010
orientasi di UPSI
4 Julai arituh aku gi daftar sebagai mahasiswi UPSI di Kolej Kediaman Harun Aminurrashid nama pendeknya KHAR. sampai2 jer punya lah panjang barisan...satu per satu wajah pelajar abru aku tgk....takda pun yang aku nampak cam sebaya aku...aku wat muka selambar jerrr....niat aku nak blaja...tak kiralah berapa pun umur aku.
aku dapat kolej KHAR...umah aku blok 3 tingkat 2 pintu 3 dan bilik number 4. roomate aku dari pahang nama dia ziera. punyalah alim...pakai tudung labuh lagi...tapi kenalah ngan imejnya dengan cos yang dia ambil. dia ni bakal jadi guru kaunseling. dalam umah ni ada 4 bilik. setiap bilik ada 2 org. jadi satu umah ada 8 orang la. tapi umah aku ni baru ada 4 org....aku, ziera, fida n hajar. kami datang dari pelbagai negeri...ziera dari pahang, fida dari kelantan, hajar dari kedah n aku dari kl.
perjalanan orientasi kat UPSI ni best sgt walaupun agak memenatkan dan bila waktu taklimat mengantuk gila. yang bestnya adalah seketeriat majlis suaikenal (SMS) ni...baik2 belaka...tak macam masa aku kat UiTM dulu. SMS UPSI sentiasa tersenyum walaupun mereka penat menjaga kami pelajar baru ini...kebajikan kami dijaga sepanjang minggu orientasi.
masa malam citra budaya pada hari rabu yang lepas aku dan group aku iaitu group KHAR (B) telah mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan persembahan pelajar baru. hanya 2 malam sahaja kami berlatih...group aku ni wat persembahan lakonan + nyanyian + pentomin. aku seperti biasa aku kena menyanyi lah. aku kena nyanyi lagu jalur gemilang....terima kasih kat kak ernie n kak syanie (walaupun aku tau mereka ini lagi muda dari aku tapi aku suka panggil depa ni ngan panggilan kak coz mereka ni senior aku) kerana jadi fasilitator kami.
semalam malam terakhir minggu orientasi...betapa gembiranya kami pelajar baru UPSI. dengan rasminya kami dah jadi anak ibu kandung suluh budiman...nama yang terlalu sinonim di UPSI ini....
hari ini aku leh balik umah KL....sampai2 jer terus cari laptop n broadband aku....apa lagi nak cheak FB n nak update blog la....windu sangat.....
insan paling lega....
Subscribe to:
Posts (Atom)