Monday, March 22, 2010

abah sakit...

aku sedih jer bila tengok abah demam pagi sabtu ari tu...along dah bawak abah pi klinik...tapi petang tu tak jugak surut suhu demam abah. sekali lagi along bawak abah pegi hospital besar.

bila abah dapat rawatan dan abah disahkan masuk hospital kerana suhu demamnya sangat tinggi dan tekanan darah abah tinggi....so abah kena tinggal kat wad...malam tu aku tak boleh pi tengok abah...so aku kena tunggu esok (ahad) tuk pi tgk abah.

pagi2 bangun ingat dapat pi tgk abah...dah plak kena tunggu kak lang abis kelas coz dia nak follow. so aku pi tgk abah kat GH kul 1 tgh.

sampai2 jer aku salam abah...aku rasa sedih sgt bila tgk abah sakit...dulu abah yang jaga kitaorg bila kitaorg demam dan kini tiba pula masanya kitaorg plak nak jaga abah. tapi aku taklah jaga sepenuhnya coz...mama masih setia menemani abah.

abah kelihatan mamai ketika itu...mungkin darah tingginya lum turun lagi. panas badan abah pun masih panas lagi. aku ambil kain basah dan aku letak di kepalanya...aku usap perlahan kakinya yang bengkak itu. aku sayang sangat kat abah.

sebelum abah jatuh sakit aku ada mintak abah buatkan laksa...tapi abah kata abah tak jumpa ikan so tak leh la nak wat laksa. bila abah dah sakit camni aku tak sampai hati nak suwuh abah masakkan laksa untuk aku. tapi kalu abah dah betul2 sembuh nanti aku nak suwuh abah masak laksa kegemaran aku. aku windu nak makan laksa abah.

p/s: doakan abah supaya cepat sembuh...

Wednesday, March 17, 2010

angkara nasi...

hari ni aku tukar cadar baru lagi...baru rasa feel nak tidur dengan lenanya...tak tukar cadarpun sebenarnya aku mmg akan tido lena...almaklumlah manusia paling senang nak tidur akulah manusianya...letak jer kepala..pasti dah berdengkur.

cadar yang baru aku tukar ni bukan cadar yang aku beli tapi hadiah birthday dari hah n tasha...thanks my beloved friends.

penat kemas bilik...aku masak..tapi masak dalam hidangan untuk aku sorang. aku masak ayam berlada...selalunya org akan masak nasi dan akan beli lauk...tapi aku masak lauk tapi pi beli nasi...pemalas kah aku ni?

hah iaitu housemate aku kata aku ni pemalas...pemalas ker aku...aku cuma taknak masak nasi jer...sebenarnya pagi tadi hah dah masak nasi...dia ada tinggalkan nasi untuk aku makan..tapi tak tinggalkan lauk pun...macam mana aku nak tau yang ada nasi kat dalam periuk tu...bila dah petang dia call aku tanya aku masak apa..aku pun cite yang aku cuma masak hidangan untuk aku sorg. aku pun bgtau dia yg aku beli nasi..lauk aku masak. pastu dia kata aku sgt pemalas...sampai nak tgk periuk nasi pun malas. manalah aku tau dalam periuk tu ada nasi.apa2 pun aku dah kenyang pun..

Tuesday, March 16, 2010

sakitnya rindu....

apa erti rindu? sakitnya jiwa bila rindu mencengkam...rindunya aku pada telatahnya...kecomelannya...dan semua yang ada padanya. kenapa ada pihak yang kejam yang cuba untuk menjauhkannya dari kami...aku tau dia mmg ada hak terhadap insan yang kami rindu...tapi salahkah kami hanya mau menumpang kasih insan bernama NIA. lately ni bila aku rindu akan dirinya aku akan tatap videonya...itulah saja pengubat rindu aku dan family ku terhadap NIA.

inilah aku

inilah aku...comel tak? org kata...bukan aku kata tau...bibir aku ni merupakan kisser yang terbaik...tapi betul ker? kalau nak tau marilah cuba..... hahahaha

masa aku meneray buat blog ni aku tgh cuti...tu pasal la ada masa nak godek ini blog...aku tak taulah apa akan terjadi selepas ini....tapi yang pastinya aku suka sgt bila dah ada blog sendiri ni...tak kiralah ada org ker takda ker yang nak baca blog aku ni tapi yang pastinya aku nak sgt kongsi cite ngan sume org tentang perjalanan hidup aku yang sebenar.....

baru nak mencuba

Hari ini aku baru meneray nak buat blog...tak taulah aku ada masa ke tidak nak mengemaskini blog ni kemudian hari nanti....tapi aku rasa cam sonok jer bila ada blog sendiri...atleast dapat dapatlah aku berkongsi cerita...pengalaman dan apa jua yang bole aku kongsikan....

untuk permulaan ni mungkin aku tak nak cita banyak sgt nanti takda benda yang boleh aku nak citekan nanti... apa yang aku nak korang tau aku ni seorang yang happy go lucky...walaupun aku ni GEMUK....tapi aku merasakan aku ni CUTE....aku tak tipu....klu tak caya....tgklah aku sendiri....confirm korang kata aku ni mmg cute...hehehe