Tuesday, February 22, 2011
perkembangan positif
hari ini aku mahu kongsi dengan pembaca blog yang mana hari ini aku mendapat perkhabaran bahawa abg raja dah mula sedar tetapi belum boleh bercakap di sebabkan lehernya telah ditebuk kerana terdapat banyak kahak. kahak yang banyak itu sahaja yang agak membimbangkan....kata nurse yang bertugas percentage nak sembuh adalah tinggi berbanding hari2 yang sebelum ini. itulah yang aku harapkan agar abg raja dapat sembuh secepat yang mungkin kerana hati ini amat merindui belaiannya.....AYANG SAYANG ABANG SANGAT2.....
Sunday, February 6, 2011
RISAU....
7 FEBUARI 2011, keadaan dia tak berubah...mintak2 ada keajaiban yang membuatkan dia boleh bernafas seperti sedia kala....kengkadang aku rasa aku leh terima kalau dia nak pergi jauh dari aku...kengkadang nafas aku rasa tersekat bila aku rasakan aku akan kehilangan dia.
kalau dulu aku mewah bila dia bersama aku..tapi kini semuanya sendirian berhad..mmg aku akui yang aku kena belajar untuk terima ini semua sebagai dugaan...tapi ia berlaku terlalu pantas...belum sempat aku nak buat persediaan, tetiba aku kena lalui...kenapa dia ajar aku hidup bersenang lenang...sekarang sapa yang susah...aku jugak...aku taknak salahkan dia...tapi...entah lah...
kat sapa aku nak bercerita?, kat sapa aku nak ngadu itu dan ini?, siapa yang nak teman aku pi shopping?, sapa nak temankan aku kalau ada urusan rasmi?, sapa nak buang kulit udang bila makan udang bakar? sapa nak suap aku makan? sapa nak manjakan aku? sapa? sapa? sapa? aku rasa susah untuk aku dapat org sepertinya....aku terlalu bahagia bila bersamanya...

Saturday, February 5, 2011
seperti semalam
5 FEBUARI 2011, keadaan abg seperti semalam juga...cuma tekanan darah abg dah mula meningkat berbeza dari semalam. masih berada di ICU....berapa lama lagilah abg akan berada dalam ICU ni.....Ya Allah ya Tuhanku....cepatkanlah sembuh insan yang aku sayang ni....jangan kau ambil nyawanya...berilah dia peluang untuk membetulkan keadaan...aku tak sanggup nak tanggung semua ini....
Thursday, February 3, 2011
stabil tetapi kritikal
assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ini....penulisan blog saya ini cuma ingin berkongsi cerita berkenaan keadaan orang yang saya sayang iaitu RAJA MAHMOOD BIN RAJA MASNU. Insan ini merupakan insan yang berjaya mencuri hati saya untuk menyayanginya tanpa ada rasa untuk mencipta perhubungan dengan orang lain....pelbagai suka duka dan rintangan kami lalui bersama selama 5 tahun....
genap 5 tahun hubungan kami, dia ada kata "Abg mintak maaf seandainya tahun ini adalah tahun terakhir kita sambut aniversery kita sama2"...walaupun sambutan aniversery kami yg ke-5 tidaklah semeriah aniversery yang lepas2 tetapi sambutannya membuatkan aku hilang pertimbangan apabila mengenangkannya....apa yang dilafazkannya benar2 membuatkan aku rasa sebak dan sedih....aku cuba menafikan dan menolak apa yg dia lafazkan dengan tidak memikirkan perkara2 buruk....tetapi aku gagal kerana aku amat paham dengan apa yg dia cuba lafazkan kat aku kerana ketika ayat tersebut dilafazkan olehnya dia sudah dalam keadaan tidak sihat.
sebulan selepas kami sambut aniversery kami yang ke 5, dia sudah mula jarang menelifon aku....aku tidak terasa sangat kerana aku juga agak busy kerana baru memulakan kuliah aku untuk sem dua. sebulan juga aku tak jumapa dia...
setelah sekian lama aku tidak berjumpa dengannya...semanagat untuk berjumpa dengannya amatlah berkobar-kobar...jadi aku memutuskan untuk berjumpa dengannya pada 28 JANUARI 2011....dan aku telah sampaikan niat aku itu kepadanya melalui sms....tetapi masih tidak ada respon darinya. sehinggalah tarikh tersebut sampai, aku mendapat panggilan darinya. berbunga2 hati aku apabila mendapat panggilan tersebut...malangnya tetiba bunga itu layu apabila dia mengkhabarkan bahawa dia ditahan di Hospital Jengka kerana menghidap paru-paru berair dan dijangkiti kuman. aku terkejut dan membuatkan aku makin semangat nak berjumpa dengannya tetapi keinginanku dihalang olehnya....aku terima kerana aku mengenangkannya sakit dan aku menghormati permintaanya kerana dia khuatir sesuatu akn berlaku jika aku datang juga berjumpa dengannya kerana keadaan amatlah tidak mengizinkannya. AKU PAHAMMMM!
last aku dapat mendengar suaranya masa 28 JANUARI 2011 itu...selepas itu tiada lagi panggilan atau sms dari dia...aku sabar menanti walaupun hati ini sgt risau dan sayu...tiba-tiba, pada hari Isnin 31 JANUARI 2011 aku terima SMS dari kawannya iaitu Kak Yang yang mengatakan "Abg Raja sukar nak bernafas, dia telah dipindahkan ke ICU Hospital Temerloh". aku jadi kalut. fikiran aku tak menentu...lagi menambahkan kekalutan, kesedihan aku apabila aku terima lagi sms yang mengatakan "Abg Raja koma" betapa luluhnya hati aku ini apabila mendengar perkhabran itu. aku cuba tabahkan hati untuk menunggu hari esoknya kerana aku akan pergi juga melawatnya walau apa pun akan terjadi.
1 FEBUARI 2011, pagi2 lagi aku bangun dan bersiap untuk pergi ke pahang untuk melihat keadaan insan yang aku sayang. dengan bantuan Kak Yang aku dapat masuk ke bilik ICU dan melihat keadaan dia dengan kepala mata aku sendiri...tidak dapat aku nak luahkan kesedihan aku ketika aku melihat dia terbaring kaku dengan wayar yang banyak melingkari tubuhnya...aku sedih sehingga aku tidak dapat menahan air mata ini untuk terus mengalir....aku seperti tidak percaya di hadapan aku itu insan yang selalu membuatkan aku sentiasa bahagia apabila berada di sampingnya...terbaring kaku tanpa kata2 dan gurauannya....kenapa dugaan ini terjadi kepada aku...aku rindu akan gelak tawanya....genggaman tangannya...dahi aku juga rindu akan ciuman mesranya...
2 FEBUARI 2011, aku tidak dapat melawatnya lagi atas sebab2 tertentu...jadi apa yang boleh aku lakukan untuk mengetahui perkembangan tentangnya adalah melalui Kak Yang....perkhabaran yang aku terima dapat juga menenangkan hati aku untuk seketika...di mana dia dah sedar dari koma, jantungnya dalam keadaan stabil tetapi doktor bg dia ubat tidur kerana tidak mahu dia menggunakan tenaganya.
3 FEBUARI 2011, aku gelisah kerana informer2 aku semua tidak dapat melawat dia dan pastinya aku tidak dapat mengetahui perkembangannya...aku akan rasa lebih gelisah apabila aku tidak tahu perkhabarannya...lalu tanpa disangka2 ada insan yang membantu aku..insan tersebut adalah anak muridku....ADHA...Adha telah menelifon pihak hospital temerloh dan mendapatkan maklumat terkini mengenai abg raja. aku terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh anak muridku yang memahami keadaan aku. TERIMA KASIH BANYAK2 ADHA....Adha telah menyampaikan maklumat bahawa abg raja dalam keadan stabil tetapi agak kritikal kerana abg raja masih lagi bernafas menggunakan bantuan mesin pernafasan dan dan menggunakan pam darah kerana tekanan darah abg raja rendah. abg raja juga masih lagi diberi ubat tidur.
4 Febuari 2011, iaitu hari ini...aku terima perkembangan yang agak positif di mana keadaan abg raja masih seperti semalam tetapi ada tindak balas apabila nurse memanggilnya...alhamdulillah....semoga abg raja dapat pulih sepenuhnya...ayang sgt syang kat abg. terima kasih tak terhingga kepada ADHA kerana sudi bantu cikgu untuk dapatkan perkembangan kesihatan insan yang cikgu sayang....

Subscribe to:
Posts (Atom)